Cerpen : Sweet lah sangat (Part 4)

Zana termenung. Tidak tahu apa mahu dibuatnya. Kalau belek telefon nya, tetap sunyi. Jadi, dia turun kebawah dah makan. Cari apa sahaja bahan dan masak. Itu lah kerja Zana tiap hari. Mama dia sudah membebel supaya cari kerja. Buat benda yang berfaedah. Ini tidak tido je sepanjang masak, lepas tu menghadap telefon 24 jam. Sambil duduk di ruang tamu dan makan pringle. Tiba-tiba Zana ada mood nak baca surat khabar. Entah kenapa anginnya tiba-tiba nak membaca. Tambah-tambah surat khabar. Tiba-tiba ada iklan menunjukkan telefon bimbit jenama Iphone 6. Punyalah Zana berkenan dengan telefon tuh. Sebab bentuk rekaannya sangat menarik dan ringan. Dia ingin memilikinya semenjak ia dilancarkan lagi. So, dengan mengunakan otak pemalas ni, dia fikir untuk bekerja. cuma untuk sekejap tapi beri gaji yang banyak. Dia hanya mampu kerja dalam dua bulan sahaja kerana dia sedang bercuti semester. Dibeleknya pula bahagian kerja. Tiba-tiba matanya bagaikan ternampak duit di salah satu iklan. "Memerlukan Seorang PA yang Cekap dalam masa yang segera. Hanya untuk 45 hari. Gaji RM3+++" Tersenyum lebar Zana. Bagus ini peluang keemasan. Tapi kerjanya di KL. Kena bincang dengan Mama dan Abah ni macam mana.

"Betul ke kamu ni? Kamu tuh pemalas" Puan Maria merangkap mama Zana mencebik. "Betul lah mama. Sampai je sana Zana tinggal dengan Aunty Karimah. Kejap je mama." Zana bercakap dengan penuh yakin dan azam yang tinggi. "Biarlah dia pergi mama oi. Biar dia rasa orang bekerja macam mana." Abah menyokong tindakan Zana tuh untuk berkerja di KL. Ia untuk kebaikan anaknya juga. Daripada dia habiskan beras di rumah dan tidak buat apa. Lebih baik merantau di negeri orang dan membuat duit. Untuk kesenangan dia jugak. " Kalau Abah pon cakap macam tuh, mama terpaksa izikanlah" Puan Maria terpaksa lepaskan anak tunggalnya. Mungkin ini cara untuk dia belajar bekerja. "Esok mama call Aunty kamu tu" Dengan nada sedih mama menjawab. Zana bagaikan terlompat-lompat gembira. Esok da akan ke KUALA LUMPUR. Dia mahu beritahu Miko tetapi biarlah. Nak buat surprise sikit.

"Stesen Kuala Lumpur" Dengan bergegasnya Zana keluar dari keretapi laju. Terkedu melihat ramai orang di stesen itu. Dia keluar untuk mencari Aunty Mah  yang berjanji untuk menjemputnya di stesen ini. "Hai, Zana kan?" Tetiba suara lelaki yang familiar menegur. Zana pusing mendapati Nizam dibelakangnya. Nizam adalah anak sulung kepada Aunty Mah dan juga merupakan bekas kekasih lama Zana. Sewaktu dulu, Aunty Mah pernah tinggal berjiran dengan mereka di Perak tetapi mereka pindah ke KL kerana pekerjaan Uncle Brahim terpaksa mereka berpindah. "Eh Nizam? Aunty Mah mana?" Jawab Zana terkejut. Lainnya muka Nizam dari dulu. Sekarang makin hensem dan makin sado. "Mummy dia ada kerja sikit, Sebab tuh dia suruh saya jemput awak kat sini" Jawab Nizam tersenyum. Zana hanya mengangguk. Dalam kereta, Zana bagaikan disoal siasat oleh Nizam.

"Napa datang sini sorang-sorang?"

"Nak kerja sini kejap. Nak timba pegalaman" Jawab zana malu-malu

"Kerja kat mana?" Tanya Nizam pula.

"Maybe kalau dapat interview nak kerja dekat Syarikat Intelectual Sdn Bhd"

"Kerja sebagai apa?"

"Awak ni memang kerja polis ke?" Zana tnya sambil memerli

"Eh taklah, saya masih study lagi, Last sem" Jawab Nizam slumber

"Abis tuh yang tanye macam-macam tu kenapa?" Zana tersenyum sinis.

"Saje. Awak ni memang tak berubah, Dulu dan sekarang pon sama je." Perli Nizam tertusuk dekat dada Zana,

Zana kurang suka orang tanya dia banyak-banyak soalan. Rimas. Bukannya benda tuh benda salah pon. Kerja je pon. Kenapalah nak busybody sangat si Nizam ni. Zana hanya mampu diamkan diri. Tak sampai 10 minit  dari 'conversation' tuh, tibalah Zana di rumah Aunty Mah. Kehadiran Zana disambut mesra oleh Aunty Mah and Uncle Brahim. "Zana mesti penat kan? Pergilah berehat di bilik Zana tuh. Aunty dah siapkan untuk Zana" Senyum mesra yang diberikan oleh Aunty Mah sangat hangat. "Terima kasih Aunty" Jawab Zana dengan sopan. Zana pergi ke bilik dia dan menunaikan solat Asar. Selesai itu, dia baring di atas katil dan tak menyangka dia terus tido. Penat gamaknya kut.

Bersambunggg

No comments:

Post a Comment