Cerpen : Sweet lah sangat (Part 3)

Zana meniliti laman Twitter nya. Hanya sekadar retweet je yang mampu. Dia malas nak tweet. Entah kenapa mood tetiba tiada. Zana terbaca tweet ini "Jika seseorang lelaki mencintai seseorang perempuan, dia akan selalu ada di samping perempuan itu" Kemudian dia retweet. Zana mengelakan nafas panjang. Ditelitinya pulak wechat. Masih tiada balasan dari 'crush' dia. Padahal mesej dia beri kepada Miko sudah dua jam lalu. Tetapi tetap setia menunggu. 'Rindu'. Diberi mesej baharu kepada si Miko tu. Mulalah muka si Zana tuh merah padam. "Aduhai macam mana ni" Getus hati Zana. Sapalah suruh pandai sangatkan, kan dah dapat malu. Rasanya bagi ego tuh jatuh berderai di hayun ombak rindu. Piweeeettttt tetiba pulak jiwang. Tersenyum simpul pulak Zana.

---

Majlis Makan malam diadakan di Hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Nasib baik ada GPS kalau tak tentu Aqib dah sesat. Pak Mail, iaitu driver di rumah agam itu sudah menawarkan diri tetapi ditolak sopan oleh Aqib kerana tidak mahu menyusahkan Pak Mail. Aqib lebih rela drive sorang-sorang dan bole layan lagu jiwang sambil karoke. Suara memang sumbang pon tak yah nak cakap tapi suka hati dia lah nak buat apa kan. Sebab tuh Aqib lebih selesa memandu seorang diri. 

Sampainya dia di hotel tuh, Aqib menyerahkan kunci kepada valet di situ untuk menyimpan kereta Bugatti itu. Dia melihat jam, dia masih awal sentengah jam. Itulah pendirian Aqib. Sentiasa menepati masa. Sebab itu dia disenagi oleh semua orang. Dia berjalan dan pergi ke tempat yang disediakan khas untuk makan malam tersebut. Of couse lah tempat makan dia grand. Kalau orang biasa ni pergi ke tempat gitu bole jadi macam rusa masuk kampung. Tetapi bagi Aqib, dia sudah terbiasa dari kecil lagi.

Sementara tunggu majlis bermula Aqib membelek telefonnya. Dia hampir terlupa untuk membalas mesej yang diberi oleh Zana. Tiba-tiba ada mesej lagi daripada orang yang sama. Tersenyum mendapat mesej sebegitu. 'Biasalah orang baik hati macam Miko ni sentiasa dirindui ramai orang' Aqib sent mesej itu kepada Arym. Tak sampai seminit Arym membalaz 'Untunglah banyak orang rindu. =)' Mesej yang diterima Aqib membuat dia terkejut. Selalunya apabila diberi mesej sebegitu Arym akan mengomel tapi nada mesej itu berbunyi cemburu. Abaikan je lah. Dia menutup screen telefonnya dan sejurus selepas itu, Dato Azhar datang dan memberi salam kepada Aqib

"Dah lama sampai Aqib?" 

"Baru je Uncle. Uncle sehat?" Aqib bercakap sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman

"Alhamdulilah. Macam biasa lah Aqib". Dato Azhar menyambut salam itu dengan mesra.

Makan malam ni sahaja diadakan oleh Dato Azhar sendiri untuk membincang dengan Aqib tentang syarikat. Selalunya mereka berdua sahaja yang datang tetapi ada kalanya di jemput juga orang yang lain bergantung kepada perkara yang mereka bincangkan. Selesai makan malam, mereka mula berbincang tentang syarikat dan juga mungkin tentang idea-idea game baru untuk kepuasan pengguna aplikasi mereka. Tiba-tiba Dato Azhar bertanya.

"Aqib dah cari dah pebantu peribadi Aqib yang baru untuk mengantikan sementara tempat Aslela yang dah sarat mengandung tu?" Tanya Dato Azhar

"Sudah Uncle. Aqib dah iklankan dekat Internet dan suratkhabar. Hujung minggu ni akan diadakan interview." Aqib menjawab macam nak taknak je

"Kenapa ni Aqib? Bukan lama pun. Satu bulan sentengah je. Uncle tahu kamu tak percayakan orang lansung. Tapi untuk kebaikan kamu jugak. Takdelah yang tercicir apa-apa yang penting." Balaz Dato Azhar dengan nada memujuk. Dia sangat kenal dengan anak saudaranya tuh. Dia memang susah nak beri kepercayaan terhadap pekerja baru. 

"Baiklah Uncle" Hanya senyuman tawar diberikan kepada Unclenya.

Mereka meneruskan perbincangan sehingga larut malam...

Bersambungg










No comments:

Post a Comment